AKU  DAN  SESUATU

30 March 2009

Pengalaman aku berhadapan dengan seorang ketagih.(Sebuah kesah benar yang telah di tambah garam)

Peluh makin membuak2 hampir membanjiri tilam di bilik nya. x cukup meng'cool' kan diri, jonet senggayut pada kipas syiling speed 5. Fikiran yang serabut bertukar jadi hampir pitam dek pusingan kipas tadi. Jonet kembali ke tilam. Jam dah berdenting untuk kali yang ke-12 malam. Mata jonet x jugak lelap2. Dia x mahu lagi berpunch-card merah untuk kali yang ke-80 ratus gara2 tido lambat. Jonet x mahu lagi hanyut ke dunia keasyikan yang penuh kesangapan yang tiada kesudahannya.

Mata x jugak lelap2 walaupun telah menghidu bau stoking rakan2 serumah. Penat berkalih tido, jonet menelentang sambil mata mengikut kelajuan pusingan kipas. Semua x menjadi. Akhirnya jonet mengambil keputusan tido sambil pakai topi keledar apollo nya. x jugak lelap2 sambil merenung dinding hingga memembusi ke rumah jiran sebelah yang tengah berkemban sedang makan megi. Semua nya serba x kena di jiwa jonet. Apparaa...layan stim pon x nak.

Bayangan benda itu muncul lagi dengan keadaan yang lebih mengasyikan. Jonet ketakutan. Dia menekup muka dengan bantal busuk yang penuh air liur basi nya. Badan nya menggigil seolah2 ada jerangkung dalam almari. Mata jonet mula merah. Hidung nya mula berair. Gian bertandang lagi. Jonet tewas dalam bisikan duniawi.

Jonet bangun dari katil. Dengan tangkas mencapai kunci motonya melepasi rakan2 yang sedang asyik menonton TV.

"Haa..tu ntah nak poie mano la tu?" tanya kantona, teman serumah nya yang tengah tekun menonton perlawanan bola sepak piala dunia antara malaysia dengan brazil. Ketika itu malaysia sedang mendahului brazil dengan 8-0.

"Ada hal sikit,nak kluar," balas jonet yang sedang menyetat enjin moto.

"Polik bona dah den nengok an si jonet tu. Asal tongah malam yo losap. Asal losap yo tongah malam. Dio campor ngan budak ganja ko apo?" bebel si kantona yang pekat dealek negeri nya.
"Ha'ah..tengok la tadi tu. Mata pun dok merah semacam je. Terjueh2 ngan hingus lak tu." balas aku yang dialek lebih ke arah key el.

"Den x pueh hati. Jom kito follow dio. Apo2 hal kang den jugak yang menjawab kek mak+ayah jonet tu kang. Silap2, otet rush lak rumah kito ni kang. Kito jugak yang kono masuk lokap. Kok kau tekangkangkangkang..kang.." arahan kantona sambil menge off kan remote tv. Aku dengan kantona segera membonceng moto membelah kegelapan malam.

Dari jauh kenampakkan si jonet mewiley ke arah taman seri pagi area senawang. Terketar2 lutut jonet memaking moto kat belakang satu restoren yang penuh kesuraman.

"Dah den koba an dah. Kek sini memang banyak tokan." kata kantona. "x sangko den perangai jonet ni dah bertambah mengado2." kata kantona lagi sambil aku menggeleng2 kan kepala melihat si jonet.

"Bang,bagi char kuey teow satu. Cepat sikit bang. Dah masuk pagi dah ni. Kerang taruk satu guni tau!" jerit si jonet. Mendengar pengoderan sebegitu, brader tukang masak tu terus menggoreng char kuey teow secara menggila.

Di sudut belakang tiang yang suram, aku ngan si kantona bukan setakat menggeleng kan kepala, malah berjemaah hingga ke tahiyat akhir. "Ahh...blah la lu kantona...join si jonet makan lagi best"

notakakibusuk: Char kuey teow juara. Salah sorang anak pada pengarah badul punya restoran. Memang syahdu.

8 comments:

macha_sezs said...

fuiii...
mmg A....
lama dah tak kena ni...patut tak aku amek cuti dan pegi penang semata2 nak makan mende-alah ni?

roshaizul said...

huhuhuhuh

macam haram ko punya cerita

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

cesss....

Umie said...

char kuey teow???

waaa...aku kat BP nie x jumpe lg org jual CKT....sedey tau!!!!

kena tunggu aku balik perak la pi mkn CKT mabeles kat permatang pauh tu la ... masa tu baru la layanzzz..

zairi said...

macha:
memang patut sangat dah tu.dah dekat dah ko kat sana tu.

roshaizul:
hehehe...layan kan je

akupentoi:
relek arr...

umie:
aik...pakar masak x kan x reti buat char kuey teow kot?

a.b geldofg said...

ceh ingtkan ketagih apa kebenda....

zairi said...

geldof:
kengkadang kita kena lupakan kapal selam gak...hahaha...

nuyuljana said...

hehe..
siot!
penulisan ko makin bagus ar!
keep up the good work!