AKU  DAN  SESUATU

28 October 2009

Daulat Tuanku!!!

Hari ni N9 cuti. Cuti pertabalan. Aku x pegi seri menanti pon pasal minggu lepas ada skali call henpon tuanku muhriz tanya kan persiapan dah siap ke belum. Bukan nya nak beri jawapan, dia soal balik kat aku. "tuan hamba ni siapa?" Aku sedih. Tebarai air mata lantas terus menuju ke kedai topap tukar simcard lain. (okeh..ni citer bohong)

Pagi tadi sarapan kat kedai. Encik lim bok ding, 25, bahagian costing pun ada skali. Sambil order pulut kuning + sambal petai, sambil borak2 ngan encil lim perihal isu semasa.

Lim: "waa..pagi2 suma polis trafik sudah stenby di suma junction kan? saya mula2 terkejut jugak. cepat2 pakai seatbelt. tapi baru saya terfikir hari ni hari petabalan kan? u x da pegi tengok ka zairi?"

Aku: "emm..ada2. lepas minum ni kang i gerak la."

Lim: "mana tempat dia buat function ha?"

Aku tenung muka lim sedetik dua. Aku syak skolah cina x de langsung ikut perkembangan sejarah malaysia. Tu pasal sampai ada buat rap nyanyi lagu negarakuku. Gaji riban2, tapi x penah pegi seri menanti serupa x guna duduk serumpun 1malaysia. Tu belum begitau lagi perbezaan antara tuanku ngan tunku. Kang lagi berjela la lim punya soal.

Hari pertabalan ni ada jugak pekdah nya. Setidak2 nya, mainroad suma sudah tukar tar baru. Jurujalan pun jadi kucar kacir siapkan jalan raya bukit putus kasi senang kerabat2 raja nak lalu. Nampak sangat cogan kata "rakyat di utamakan" tu patut kasi bincang balik. Dorang patut rasa kenikmatan jammed kat bukit putus time raya itu hari. Berani la pasang siren konvoi ramai2 suruh rakyat berenti tepi jalan bukit putus tu. Aku sekeh kepala tu sekor2. Nak berenti tepi jalan cemana? Kereta pun ngam2 muat satu jalan. Kalo nak ketepi lagi mau terjunam dalam gaung.

Janji bleh siap sblom raya jadi janji tinggal janji. Seminggu sblom hari pertabalan, aku dah test run jalan raya bukit putus yang baru. Jalan raya bukit putus menghala ke kuala pilah dah bersambung. Dah x putus2 dah. Dengar citer mat rempit pun dah test run malam minggu itu hari. Orang yang x biasa naik kenderaan sambil layan corner pun dah x berenti singgah buang muntah tepi jalan. Dari starting sampai ulu bendul bleh cecah kurang 5 minit berbeza sblom ni selama 1/2jam follow blakang lori balak. Corner pun dah bleh bilang.

Dulu masa jalan lama, ada jugak orang buat soalan berapa banyak selekoh kat bukit putus. Ada jawab 99, 44, 66,88 selekoh. Mesti tiap kali lalu bukit putus dia siap buat kira2 temasuk la aku. Cilakak betul!! Tapi jawapan cuma ada 2 selekoh. Selekoh ke kiri dan selekoh ke kanan. Rasa nak campak tukang soal ke dalam gaung bukit putus tu pun ada jugak. Biar dia pulak kira berapa hari baru ada orang tolong kutip dia dari gaung tu.

Jalan baru ni dah stat beroperasi sejak terlingkupnya era pemerintahan dato' isa si-kaki rasuah. Korang undi dia, korang punya pasal la. Jangan masing2 lalu depan senawang ni bau babi cukup la. Kalau x kerana terlingkup nya dia ni, sampai ke kiamat la jalan bukit putus tu x lurus2.

Lepas hirup teh tarik kasi habis, aku bergegas bayar makanan.

Lim: "aik..awal lagi maa.."

Aku: "sudah dekat pukul 8 dowh. mau masuk keja."

Lim: "aik?? ot ka? kejar triple ka? kata mau pegi seri menanti?"

Ahh..diam la lu. Aku sumbat throtle body dalam mulut tu kang. Haish..cmana bleh tersasul ni?

*****************************************************************************

update 28/10/09

Ini entri patut post hari isnin itu hari. Tapi dari jumaat lepas, TMnet streymix problem kat kompeni aku ni. Tiap kali call, "okeh..nanti kami hantar maintanance ke sana" macam harram. Pukul 6 petang smalam baru sampai. Stakat bajek ke-10 jalur lebar labur juta2, birokrasi masih x ubah2, speeding macam harram jadah, lebih elok kalau...ahh...malas la nak cakap.

16 October 2009

Venom the barber

Smalam ada singgah satu kedai gunting rambut venom. Nama kedai macam band metal. Masuk dalam x de sekor pun pegang gitar. Kedai gunting tu baru bukak dalam 2 minggu lepas kat kedai taman perumahan aku ni. Lepas ni x jauh sangat la aku nak pegi carik kedai gunting rambut. Masa zaman2 rambut panjang lepas abis skolah dulu, x penah nya aku pegi kedai gunting. Rambut trim sindri je. Gunting rambut dalam bilik air. Satu cermin gantung depan muka, satu lagi pegang pakai tangan suluh dari belakang. Gunting rambut pakai sebelah tangan je. Ape ada hal? Rambut panjang x susah mana pon nak gunting sindri. Cuma zaman rambut pendek ni je susah sikit.

Melangkah kaki masuk dalam kedai venom, x ramai sangat kastemer dia. Mungkin ramai lagi penduduk belum tahu kewujudan kedai venom ni. Cuma aku dengan sorang brader tengah buat cukur jambang je yang ada. Heran betul aku dengan brader tu. Kat rumah x bleh cukur sindri ke? Ari ni cukur dah sah2 kena cas. Bangun tido pagi besok sape nak cukur jambang dia? Pemalas!! Sambil menunggu brader tu siap gunting, aku duduk kat kusyen yang di sediakan sambil pekena majalah tamil.

Tengah leka belek gambar betis karisma kapoor, aku dengar brader tu kena belasah. Berlepuk2 jugak la kena kat blakang badan dia. Tapi brader tu buat relek je. Kejap2 babu tu urut2 bahu. Kejap2 picit2 kepala. Tapi dia punya ending memang sadis. Buat letup leher. Prak!! sebelah kiri, prak!! sebelah kanan 90 degree. Pergh...best gak servis kedai venom ni. Lama dah x kena urut2 badan. Punya banyak kedai gunting aku pegi, baru ni je ada servis urut2 lepas gunting rambut.

Sampai turn aku, babu tu tepuk2 seat kasi signal suruh aku duduk. Muka senyum2. Lepas duduk macam biasa aku akan cakap..

Aku: "potong biasa. tepi x mau slop. atas blakang kasi pendek. tepi still bleh kasi sikat. ekor blakang kasi potong rata."

Babu: "@#$%^**&%^#" sambil kepala terjoget2.

Ah suddah!!...Betul2 foreigner dari calcutta punya mari ni.

************************************************

Bagus babu ni. Kira hensem la rambut aku dia design. Yang aku paham, dia bleh paham cakap aku. Cuma dia x berapa cekap je nak balas balik. Macam melayu jugak. Paham omputeh becakap. Cuma tegagap2 je nak betah balik.

Lepas abis bergunting, babu tu sapu2 tangan dia ngan satu minyak warna kuning. Nak buat urut rupa nya. Starting kat kepala aku. Abis dia henyak kepala aku sampai nampak mata putih je dia buat. Nasib baik aku bukan sultan. Kalo x, dah lama kena tembak babu ni. Lepas kepala, turun kat blakang badan. Dia punya lepuk bunyi kuat je lebih, sakit tadak. Sedap2 rasa la kira nya. Ending punya letup leher, aku larat setakat pusing belah kanan je. Aku pun rajin jugak letup2 leher ni. Tapi x la sakit macam babu ni buat. Macam jes bon nak bunuh orang je dia punya skill. Cepat2 aku bangun dari kerusi sambil sambung letup belah kiri buat sindri.

Babu membebel2. Aku x peduli. Aku hulur 7 rengget, aku terus blah.

*************************************************

Ari ni MC. Pegi klinik tadi kepala teleng belah ke kanan. Pandang dokter pun main jeling2 je. Balik rumah, aku dah call suma orang kampung nak belasah babu venom atas alasan ada perisik dari india nak ambil alih senawang. Orang kampung pun dah setuju tunggu depan kedai babu venom malam ni.

p/s: dah ada idea kalo nak mc lepas ni.

06 October 2009

Lagenda budak setan

13 tahun lalu, aku tengah pekena baring sementara menunggu mak aku siap kan cekodok pisang. Badan letih turun dari bas baru lepas balik study dari pusat giat mara pasir besar mendalami ilmu makenik enjin kereta. Arwah ayah aku suruh untuk mengelak aku dari bercampur gaul dengan budak2 x senonoh sementara menunggu panggilan dari IPTA. Satu pun x panggil. Sombong betul.

Tengah sedap2 baring, telepon rumah berbunyi. Member aku call ajak pegi palong 8. Masa tu punya zaman, kalo member ajak pegi palong 8, kalo x pasal carik tokan, mesti ajak pegi jeram panjang. Atau pun ajak carik makwe. Atau pun pegi ajak bergaduh. Atau pun ajak belumba motor. Tapi itu hari suma tadi x tersenarai untuk tujuan pegi palong 8.

"alaa...ko ikut je la. jangan banyak tanya." Tu je jawapan dia.

Memandang kan tu je la saki baki member yang ada, sebab yang lain suma dah hijrah keja samsung, aku pun bersiap menunggu hayudi jemput depan rumah.

Berbekal kan rxz abang hayudi, kitorang gerak ke palong 8. Jarak ke palong 8 x berapa tentu sangat lama nya. Ikut pada rider jugak. Lebih kurang 3 batang rokok gudang garam jugak la jarak nya dari rumah aku ke palong 8. Makin lama hayudi bawak macam orang nak kejar punch card. Kengkadang je serupa bawak orang lega kluar dari jamban. Air mata menangis2 keluar kena angin. Helmet x pakai. Rambut lari tune. Ada jugak pikir nak peluk hayudi kasi hilang gentar. Tapi hanya mampu peluk tubuh sindri sambil mengkuruskan kan diri kat blakang hayudi untuk potong angin.

Lebih kurang lagi sebatang rokok nak abis, tetiba tayar motor jammed. Aku panik. Tayar blakang berbuai. Hayudi imbang motor sambil berdiri. Aku nak bediri skali ke? Tidak. x sempat nak pikir pun aku dah terpelanting terjarap kat jalan tar sambil berguling2. Step gulingan ke-3 aku dah ter-berdiri kejar motor hayudi. Belum sempat hayudi patah balik ambik aku, aku dah sampai kat hayudi. Hayudi pandang aku dengan penuh rasa cemas. Aku pandang tangan+kaki aku dengan penuh rasa hiba. Muka berbirat. Lutut berlubang. Hayudi pujuk aku ajak bawak pegi klinik palong 8.

************************************************

Sampai rumah, hayudi turun kan aku tepi jalan. Ajak masuk skali pun x nak. Ye. Aku paham. Takut kena maki dengan mak aku barang kali.

************************************************

Mak aku membebel sambil menangis. Aku makan cekodok sejuk dengan mulut x berapa bleh menganga sangat. 4 hari aku terjarap kat katil. Minggu depan nya tu aku jumpa balik dengan hayudi dan aku dapat jawapan dari dia.

"Aku nak semak berapa kilometer jarak dari palong 5 ke palong 8. Besok2 kalo orang ajak lumba, bleh la aku kira duit minyak"

Hati aku mendidih. Cilakak punya yahudi!!!

01 October 2009

Preview raya

Awal2 lagi aku dah agak dah ops sikap punya minit mesyuarat. Makin tahun makin naik statistik kemalangan. Suma jawab berpunca dari sikap manusia. Tapi ada satu kali pegi beraya rumah fuckarudin member lama, muka kaki tangan dia calar balar. On da way dia nak pegi carik buluh lemang, segerombolan lembu tetiba merentas desa beramai2 dari tepi jalan sini nak ke tepi belah sana punya jalan. Ikut shortcut barangkali sampai x perasan fuckarudin tengah terjenguk2 carik buluh lemang.Tahun ni lemang dia x berapa menjadi. Hangus sebelah. Belah yang hangus aku asing kan. Fuckarudin memandang dengan sepi. Jelas sungguh bukan salah sikap manusia terjadi nya xcdent begini. Aku rasa ops sikap x masuk kan dia punya list. Dia x buat repot pasal tuan lembu dah kasi suku dari daging lembu kat dia.

Tapi kalo dah tiap2 tahun jawapan ops sikap tu suma berpunca dari sikap manusia, memang x bleh nak kata apa dah. Kita x bleh ubah sikap orang lain melainkan kita sindri ubah sikap kita. Tapi aku yakin tu suma adalah bukan orang yang sama yang menaikkan statistik kemalangan. Rata2 melibat kan kenderaan baru. Dan kemungkinan pemandu baru. Mana pegi kenderaan lama? Bleh tengok sindri kat depan2 cawangan proton edar. Bersepah2 sampai x cukup paking.

Uncle aku dari kl sana nak beraya ke Kuala Pilah petang 1st raya dari bukit putus makan masa 2 1/2 jam. Biasa punya speed stakat 1/2 jam je. Polis trafik hanya mampu merenung kan diri dari bawah pokok memikir kan cmana nak 'carik duit raya'. Jangan kan ada kenderaan nak potong double line, speed masing2 pun stakat doploh km/j je paling laju.

Pendapat aku kalo kerajaan nak asingkan jalanraya untuk kenderaan bermotor ngan kereta memang cukup bagus untuk mengelak kan statistik kematian golongan mereka yang menaiki motosikal. Tapi aku rasa proton patut revised balik dorang punya pakej. Bukan ape. Tabiat orang kita ni kalo pakai kereta baru, mula la nak kerek. Ape? ingat aku x mampu ke? Saje malas tambah hutang laa...

Untuk paling best punya ops sikap tahun depan punya season, x payah lagi la kasi2 saman lagi kat pesalah trafik tu. Ape la sangat ngan rm300 tu. Kengkadang siap bleh kasi hulur duit kopi lagi. Bukan boleh bawak ke insaf pon. Kasi tangkap je sumbat ramai2 dalam lokap sampai abis selesai ops sikap. Kasi dorang dengar takbir raya dari dalam lokap. Biar dorang buat malam takbir dari lokap ke lokap. Ini macam baru bleh kasi tobat nasuha. Mak ayah di rumah memaki hamun meratapi anak2 beraya dalam lokap. Ini ops ubah sikap nama nya. Hahahaa...Cakap memang murah.
Itu hari punya raya berwallpaperkan rumah pusaka arwah akak mak aku. Rumah ni misteri sikit. Antara nya, dulu2 punya zaman, belah bawah bukit depan rumah tu ada satu perigi. Arwah nenek aku pernah kejar satu tempayan penuh ngan emas bergolek2 masuk dalam perigi tu. x dapat la pulaaakk. Ciss!!